Beberapa hari sebelum konvokesyen aku, Kasih menelefon aku. Seperti biasa, Kasih akan bertanyakan khabar aku dan Cinta. Aku juga turut memberikan jawapan yang sama. Kasih begitu lembut denganku membuatkan aku sebak mendengar suaranya.
Kasih akan memasakkan makanan kegemaranku. Aku terharu mendengarnya. Katanya nanti lepas konvo Kasih akan memberikannya kepadaku. Aku tak tahu entah aku jumpa atau tidak dengan kasih nanti. Tapi yang pasti Sayang akan menemaniku masa tu.
Aku terniat untuk menemukan Kasih dan Sayang yang telah lama tidak berjumpa. Kasih gembira mendengarnya. Tapi hal ini aku tidak beritahu pada Sayang kerana ingin memberikannya satu kejutan. Sayang kerap bertanyakan hal Cinta padaku. Entah kenapa Sayang sangat menyayangi Cinta. Mungkin cinta itu terlalu baik dengannya dulu.
Terkadang ingin sekali aku beritahu Sayang bahawa Cinta itu telah mati. Tapi berat untuk aku menghancurkan perasaan sayang yang beraja di hati Sayang untuk Cinta. Tak bolehkah Cinta bersyukur mempunyai Kasih dan Sayang??
Saturday, November 5, 2011
Cinta Sayang Kasih 4
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 11:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment