BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 6, 2011

Cinta Sayang Kasih 5

Hari ini aku bangun pagi sangat. Lepas menunaikan solat Subuh, aku terus bersiap mengenakan pakaian serba biru. Seterusnya giliran Sayang pula bersiap-siap dan kemudian Kesayanganku pula.

Setelah semua siap, Kereta di pandu laju menuju ke destinasi pertama sebelum sampai ke destinasi utama. Di destinasi pertama, sesi jejak kasih berlaku. Sayang berjumpa dengan teman lamanya. Aku dan Kesayanganku hanya melihat gelagat mereka sambil tersenyum.
Kemudian, kami mula menuju ke destinasi utama.

Aku terpisah dengan Sayang dan Kesayanganku. Takpelah, jumpa nanti dalam dewan. Semasa menunggu giliran, aku berdebar-debar. Semua rakan2 juga begitu. Agak seronoklah berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama terpisah.

Kami melangkah masuk ke dalam dewan dengan tertib dan sopan. Pelbagai persembahan telah disediakan. Segulung ijazah telah di berikan. Aku mendapat pesanan ringkas dari sayang. Katanya dia menunggu di luar. Aku tiba-tiba teringat akan Kasih,Cinta dan Teman barunya. Aku serba salah untuk berjumpa dengan mereka. Tapi aku rindu.

Melangkah sahaja keluar, melilau aku mencari Sayang. Setelah jumpa, aku mencari rakan-rakan. Dan secara tak sengaja Allah telah pertemukan aku dengan Kasih, Cinta dan Teman barunya. Sedikit sedih bercampur gembira.

Aku dapat rasakan bagai ada jurang diantara Kasih, cucunya dan Aku. Kami tak semesra dulu. Tangan lembut Kasih ku capai dan kucium, kemudian kasih memelukku sekali gus melepaskan kerinduan yang terpendam sekian lama. Sayang juga melakukan perkara yang sama. Aku gembira melihat mereka dipertemukan begitu. Syukurku panjatkan kepada Allah kerana memakbulkan doaku.

Aku terfikir, Apa perasaan Cinta ketika melihat kami begitu? Aku bukan sengaja merampas Kasih dari Cinta dan Teman barunya. Aku sekadar menumpang Kasih. Tidak sanggup nak putuskan silaturrahim yang telah terjalin sekian lama. Aku tahu Cinta pendam sesuatu.

Maafkan aku Cinta. Aku tidak ada niat nak menghancurkan kebahagiaan Cinta dan Teman. Aku tak pasti, Perkenalan antara Aku dan kasih ini satu kesilapan atau tak pada Cinta. Maafkan aku Cinta.

0 cerita anda: