Bila difikirkan semula.. Nasib kita sama sahaja... Kau dan aku jalani kesukaran yang sama.. Apa yang diminta oleh kedua orang tua kita juga sama.. Aku tak tahu di mana silapnya kita.. Mungkin masing-masing masih lagi dengan ego masing-masing..
Bila difikirkan semula.. Bukan kita tidak boleh betulkan keadaan ni.. Cuma kita yang tidak mahu.. Kita yang malu dengan tindakan sendiri.. Kita yang nak sakit menyakiti.. Kita yang nak tegakkan benang yang basah..
Bila difikirkan semula.. Sejauh mana kita boleh lari?? Kita tetap dekat.. kita ditempatkan di tempat yang sama... kita berjumpa setiap hari.. kita duduk dengan jarak yang sangat dekat.. Masih adakah perasaan di hati kita ini?? Tapi kenapa kita mencipta jurang di antaranya??
Bila difikirkan semula.. mungkin betul apa yang keluar dari mulut seorang ibu.. Mungkin satu hari nanti termakbul harapan dan doa rakan-rakan kita.. mungkin kita sebenarnya akan ditakdirkan bersama..
Bila difikirkan semula.. Kita harus membaiki keadaan ini.. Kita harus kembalikan keceriaan di antara kita.. Kita harus kecapi kebahagiaan yang sememangnya telah ditakdirkan menjadi milik kita.. tapi... bagaimana???
Monday, March 26, 2012
Salah Kita..
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 7:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment