BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 30, 2012

Restu & Karma 1

22 february 2011...

"Assalammualaikum Amour, buat ape tu?"
"Waa'laikummussalam Désir, tak de buat ape pun. Nape Désir call Amour malam-malam ni?"
"Saje je.. Nak taulah Amour rindu Désir ke tak. Tak boleh ke?"
"Ish.. Mestilah boleh... Désirkan buah hati Amour.. hehehehe."
"Hmm... Yelah.. Amour, Mungkin hujung minggu ni Désir nak datang sanalah. Jumpa dengan Mama Beau."
"Ha!?? Betul ke ni? Serius ke? Désir tak main-mainkan?"
"Taklah. Seriuslah ni. Boleh ke tidak?"
"Em... boleh kot.. nanti Amour tanya dengan mama."
"Hmm yelah.. nanti ape-ape bagitau k.."
" Ye.. Baik Désir..."
"Assalammualaikum.."
"Waa'laikummussalam.."

Perbualan tersebut merupakan perbualan diantara sepasang hati yang baru merasai bibit-bibit percintaan. Muhammad Shazwan. Berusia 25 tahun. Seorang lelaki kurus yang agak tinggi, berkulit sawo matang, berambut agak panjang tapi masih tidak melepasi bahu, gemar memakai t-shirt tanpa kolar dan berseluar jeans,kecomelan bertambah apabila berkaca mata kerana rabun. Sangat Mr. Simple. Mempunyai syarikat sendiri yang diuruskan bersama rakan-rakannya. Sentiasa berfikiran jauh kehadapan dan memiliki otak bisnes.

Manakala Fia Nazierah seorang gadis berusia 22 tahun. Sangat peramah dan adakalanya sangat pemalu. Fia merupakan pelajar dari salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam. Mengambil jurusan Pengurusan Kesihatan. Fia memiliki senyuman yang menarik dan mampu membuat orang disekeliling tersenyum melihat telatahnya. Kata rakan-rakan Fia memang seorang penghibur. Fia memiliki kulit kuning langsat dan sangat sopan dalam etika berpakaian walaupun mengikut trend semasa.

3 bulan sebelum....
Perkenalan mereka bermula dari 'Facebook'. Kemudian mereka bertukar-tukar nombor telefon lalu mula mengenali dengan lebih dekat. Sampai masanya, mereka membuat temu janji untuk berjumpa. Muhammad Shazwan merupakan bekas pelajar dari salah sebuah IPTA yang berlainan dengan Fia. Shazwan mengambil jurusan seni artistik dan pengarahan. Pada hari yang dijanjikan, Shazwan menjemput Fia untuk menonton satu pementasan teater. Fia begitu teruja namun jauh disudut hati terdapat sedikit kegelisahan mungkin kerana pertemuan kali pertama.

Mereka mula bercerita tentang perihal masing-masing. Bertukar pendapat. Shazwan sudah mula menyintai Fia. Namun Fia tetap menolak cintanya kerana hatinya masih terluka dengan cinta yang telah berkembang mekar selama 2 tahun lebih. Fia meminta agar mereka hanya meneruskan hubungan sebagai rakan. Tetapi tidak bagi Shazwan...

0 cerita anda: