BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 31, 2012

23 May 2012

Entah apa yang membuatkan aku nekad untuk membuat satu kejutan yang aku tak pasti apa kesannya nanti. Mungkin aku yang akan dikejutkan atau sebaliknya.

Dua hari sebelum tarikh tersebut, aku telah menyewa sebuah kereta, memandangkan aku masih belum memiliki kenderaan. Alhamdulillah, kereta terebut available pada hari itu. Sehari sebelum, aku dah mula berbincang dengan housemate aku, kejutan apa yang harus dilakukan.

Hari yang ditunggu telah tiba, perkara yang sentiasa bermain dimindaku adalah 'sidia'. Adakah dia tahu atau tidak tentang kejutan yang bakal aku lancarkan ini? Muka macam selamber je.. kelas pada pagi itu, diteruskan seperti biasa. selesai sahaja kelas terakhir, aku dan rakan-rakanku berkumpul di kawasan yg telah ditetapkan.

Kunci kereta telah bertukar tangan dari pemilik kepada aku. Pedal minyak ku tekan untuk mendapatkan kelajuan yang berpatutan agar dapat menjimatkan masa. Destinasi pertama yang dituju, adalah rumah aku, untuk mengambil segala kelengkapan. Kemudian destinasi kedua, di Secrete Recipe untuk mendapatkan bahan utama.

Setelah segala kelengkapan diperoleh, aku dan rakan-rakan mula bergerak menuju ke Destinasi Utama iaitu, Rumah Puan Robiah Sapar. Segalanya akan berlaku di sana. Rakan sekongkolku, Kak Ana, telah mengumpulkan ahli yang lain di sana. Mereka sedang berdebar menunggu ketibaan aku.

Aku mula berdebar, mungkin kerana ini adalah misi pertamaku. Aku namun aku teruskan jua, misi ini harus dilaksanakan hari inijuga. Setibanya aku di hadapan rumah yang telah lama aku rindui, aku memakir kereta betul-betul di laman yang luas.

Kehadiran aku dan rakan-rakanku di sambut meriah oleh ahli di sana. Aku bersyukur setakat ini segala berjalan lancar. Kemudian, Puan Robiah mula keluar menerpa ke arahku, dengan muka terkejut. Kami semua tertawa gembira. "SELAMAT HARI LAHIR PUAN ROBIAH" Hah! kebetulan, 'Sidia' tidak ada dirumah. Fuh! lega rasa.

Misi diteruskan dengan acara potong kek. Aku dan rakan-rakan gembira segalanya berjalan dengan lancar. Kemudian diserikan lagi dengan makan malam yang besar. Aku dan rakan-rakan bergelak pulang ke markas pada jam 8 lebih. Selesai menghantar rakan-rakanku, kunci aku kembalikan kepada tuan empunya.

Satu perasaan yang sukar untuk dijangka. Aku gembira, puas, lega, seronok. Entah bila lagi aku akan menjalankan misi sebegini. Mungkin ini yang terakhir. Aku akan serahkan misi seterusnya kepada seseorang yang lebih layak. Harap misi akan datang berjaya.

0 cerita anda: