BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 30, 2012

Album

Terasa bosan sangat pagi ni setelah hampir 3 chapter selesai di'cover'. Jari-jemariku menari di papan kekunci lalu melayari facebook untuk melihat keadaan semasa rakan-rakanku..

Mungkin itulah kesilapanku kerana ternampak gambar mereka berdua. Sedih dan pilu. Tidak menyangka peristiwa itu berulang lagi untuk kali kedua. Aku terasa ingin menjerit. Luka yang baru dibalut, di darahkan kembali. Mengapa?

Dari aku melihat segalanya lebih baik aku tidak mengetahuinya. Penat sudah hati ini memendam segalanya. Maafkan aku, memang kau kawan, tapi aku tidak sanggup menahan derita ini lagi. Aku terpaksa remove kau dari menggangu hidupku. Maafkan aku.

Kemudian aku mencari quote yang boleh membangkitkan semangat dan kebencianku. Aku rasa tenang semula. Lalu aku kembali menelaah untuk 1 lagi chapter yang panjang. Perut terasa lapar, nasibla rakan serumah ni baik, dapatlah makan nasi goreng dia. Thanks babe.

Aku dan housemateku menonton televisyen. Sampai waktu malam, kami melihat gambar lama sewaktu belajar dulu. Tiba-tiba terpandang gambar itu. Tersentuh hatiku melihat kami begitu mesra dulu. Kini segalanya berubah. Perasaan kembali tidak tenang. Mengapa hatiku kuat mengatakan aku akan memilikinya kembali? Sedangkan dia sudah mempunyai teman baru?

Album itu.. mengapa aku melihatnya? Album itu membuatku sedih... Album itu membuatku terimbau kisah kami dari awal hingga akhir. Mengapa?

0 cerita anda: