BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 30, 2012

Bersama kembali?

Aku menuju ke satu tempat seperti Genting Highland, berseorangan. Di sana, aku terjumpa ramai orang yang seolah-olah mereka mengenaliku. Ketika aku sedang beratur untuk bermain satu permainan, aku dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki, aku cuba menoleh namun aku masih tidak nampak wajahnya dengan begitu jelas.

Aku biarkan sahaja. Orang sekeliling memandangku dengan senyuman mesra mereka. Aku membalasnya. Setibanya giliran kami untuk menaiki permainan tersebut, aku sempat menoleh ke belakang, ternyata, dia. Aku terkejut, terasa seperti dunia berhenti berputar seketika.

Lantas tanganku dicapai dan itu mengejutkan aku dari lamunan, kami melangkah masuk ke permainan tersebut dan memakai tali pinggang keselamatan. Aku tidak mampu menunjukkan sebarang reaksi. Hanya mampu memandang wajahnya dengan seribu tanda tanya.

Dia tersenyum lalu berkata, kita akan bersama. Secara tak sengaja bibir ini mengukir senyuman. Hati ini yang dulunya mendung, kini kembali cerah dan berbunga riang. Aku panjatkan syukurku kepada Allah kerana telah memakbulkan doaku. Alhamdulillah.

Kami seronok bermain permainan tersebut bersama. Nostalgia dulu kembali lagi. Kini tiada duka. Aku ketawa, dia ketawa. Aku gembira melihat senyumannya, tawanya yang selama ni hilang entah ke mana. Alhamdulillah.

Tiba-tiba, aku membuka mataku, ternyata, itu hanyalah mimpi semata. Hati menjadi semakin sayu. Apakah dugaan yang sedang aku alami ini? Aku binggung. Mengapa semua ini hanya mimpi? Mengapa?

0 cerita anda: