BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 10, 2012

KaRmA WiLl HiT YoU!

Perginya dia dariku membuatkan pintu hatiku tertutup untuk menerima sesiapa. Kata rakan-rakan life must go on.. Aku cuba... semakin aku cuba semangat aku semakin luntur bila aku melihat dia sentiasa di depan mata... setiap hari dengan seseorang yang turutku kenali..

Sungguh aku sedih dengan keadaan seperti itu.. setiap kali aku melihat itu, aku tersa sedih sangat.. kenapa cepat benar dia berubah... Lalu aku memaksa hati untuk menerima insan baru... Sungguh kau bersalah kerana aku tidak pernah ada perasaan padanya meskipun setahun kami berhubung.. Maafkan aku.

Aku tidak pasti apa yang tersirat difikirannya? Bagaimana dia sanggup menyakiti hati yang pernah dia sayang 2 tahun dulu? Kenapa aku masih begini? Aku tidak pernah berganjak dari terus mencintaimu...

Setiap hari mimpi yang muncul hanyalah wajahmu.. Kadang terasa tidak mampu untuk terus melihat dia bahagia bersama orang lain.. namun terpaksa ku tahan mata ini agar terus menyempurnakan impian ibu dan ayah.. Aku terima dugaan ini.. Mungkin dia bahagia bila aku derita..

Hipokrit... itu yang aku lakukan sekarang demi kebaikkan semua... Pura-pura bahagia dihadapan orang kerana tidak mahu dipandang lemah.. Tapi sungguh hati ini tidak tahu apa itu tawa... apa itu bahagia semenjak dia pergi dari sisi... Album yang tersimpan gambar kita tidak akan jemu aku pandang kerana hanya itu menjadi pengubat rindu.. Terima kasih kerana menguji ketabahanku... Aku bangga dengan hati ini kerana masih mampu melihat kau tersenyum sambil mentertawakan aku...

Apa yang pasti karma will hit you... remember that.. dan itulah giliran aku untuk tersenyum...

0 cerita anda: