BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 17, 2012

Sahabatku FRZL

Semakin lama semakin pelik aku tengok perubahan kau wahai sahabat. Kenapa berubah sampai macam ni? Tak salah kalau nak berubah jadi seorang yang peramah dan mahukan populariti. Tapi jauh sangat dah kau ni menyimpang.

Sahabatku, dulu aku kenal kau, seorang yang peuh budi bahasa, menghormati orang. Tapi sekarang kau dah lain. Percakapan kau sangat kasar, itu tidak akan membuatkan kau disegani, malah dijauhi.

Aku yang selama ini kagum dengan kebijaksaan yang telah dianugerahkan kepada kau, kini tidak lagi. Untuk pertama kalinya aku melihat kau menggunakan kaki untuk memanggil temanmu sendiri? Sungguh memalukan.

Jangan kerana dia yang kau sayangi, kau memlambatkan urusan kau dengan Tuhan sahabatku. Aku pun tidaklah sebaik mana. Tapi aku kasihankan kau. Walaupun kau telah banyak menyakiti hati ini, tapi aku dan sahabatmu yang lain sangat khuatir dengan perubahanmu itu.

Sahabatku, sebelum ramai yang meninggalkan kau terlalu jauh, berubahlah.. sikapmu sekarang sememangnya tidak menyenangkan. Bukan dengki atau iri hati, bukan juga ingin mengejar populariti tetapi hanya ingin mengingati.

0 cerita anda: