Shazwan benar-benar ingin menambat hati Fia. Meskipun perempuan itu masih belum ditemuinya. Perbualan di dalam telefon buat kali pertama telah mencairkan hati Shazwan. Kelembutan Fia dalam percakapan membuatkan Shazwan selesa.
Namun Fia yang baru sahaja enam bulan berpisah dengan bekas teman lelakinya masih terluka dengan peristiwa itu. Sungguh dia telah menyintai lelaki itu sepenuh hati. Namun perhubungan selama dua tahun itu masih tidak kukuh. Teman lelakinya telah berubah hati. Semenjak itu pintu hatinya tertutup.
Perkenalan dengan Shazwan tidak dijangka. Bagi Fia, dia kini hanya ingin berkawan dengan ramai orang. Untuk bercinta, mungkin belum tiba masanya lagi. Shazwan sentiasa menghubungi Fia, buat masa sekarang, Shazwan seoranglah yang menjadi teman boraknya. Namun ada sedikit sikap Shazwan yang kurang menyenangkan hati Fia. Fia diamkan sahaja.
13 November 2011
Setiap kali telefon itu berbunyi, Fia sudah tahu mesti akan ada desakan dari Shazwan meminta Fia untuk menerima cintannya. Fia buntu. Fia tidak mahu kehilangan kawan. Tapi hatinya masih belum sembuh sepenuhnya.
"Hello, Fia, awak buat apa?"
"Tak buat apa pun"
"Tunggu saya telefon awak ye?"
"eh, macam tu plak" Jawab Fia sambil malu-malu.
"Boleh awak terima saya sebagai teman istimewa awak?"
"Saya tak tahu. Saya masih perlukan masa. Tak boleh ke kita berkawan sahaja dulu?"
"Tapi saya nak awak jadi permaisuri saya. Saya tak nak berkawan saja".
Fia terdiam seketika. Buntu, apa yang perlu dia jawap?
Fia menarik nafas sedalam mungkin, mencari kekuatan untuk menjawap pertanyaan itu.
"Baiklah, saya boleh terima awak untuk jadi teman istimewa, tapi saya tidak jamin hati saya akan terima awak. Maafkan saya"
Shazwan terdiam mendengar jawapan dari Fia.
"Tak pe, Cinta itu boleh dipupuk, dan saya pasti suatu hari nanti pasti pintu hati awak akan terbuka untuk menerima saya."
Fia terkejut mendengar jawapan itu. Mengapa dia begitu pasti?
Semenjak itu lebih kerap mereka berhubung melalui telefon...
Tuesday, July 17, 2012
Restu & Karma 2
Jari Menari di atas papan kekunci LuLa- at 3:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cerita anda:
Post a Comment