BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 8, 2013

Betul, Dia da Di Situ Ep. 5

Hari menjelang lewat petang.  Mereka sudah bersedia untuk pulang semula kerumah pusaka itu.  Dalam perjalanan mereka masih lagi mampu bergurau senda meskipun masing-masing penat setelah seharian berendam dalam sungai itu.   Tiba-tiba Ida terasa seperti satu hembusan angin menerpa dari arah belakang mengenai tengkuknya sekali gus bulu tengkuknya meremang.  Namun Ida cuma mendiamkan saja. 

Jam hampir menunjukkan pukul 9 malam. Fey, Fiq dan Has duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.  Manakala Ida sudah tertidur sebaik sahaja sampai ke rumah.  Lisa pula sedang membasuh pakaian yang basah lencun semasa mandi sungai tadi. 

Tiba-tiba Ida terjaga. Sambil menyanyikan lagu Sayang Disayang, dia menari-nari. Langkah dan tarinya lemah gemalai persis seperti penari.  Lisa yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut melihat Ida seperti itu.  Lisa cuba merapati Ida, langkahnya di atur perlahan-lahan, jantungnya mula berdegup kencang. Peluh sudah mercik didahi. Lisa lantas mencapai bahu Ida.  Lalu Ida berpusing menghadap Lisa.

Lisa terkejut apabila melihatkan wajah Ida bertukar menjadi buruk  sebelah kanan dan matanya terkeluar serta berdarah-darah. Lidahnya kelu, hendak menjerit suaranya bagai tersekat di kerongkong. Kakinya bagaikan dipaku.  Tiba-tiba lampu dalam bilik terpadam dalam beberapa saat dan menyala kembali.  Lisa mendapati Ida tiada di hadapannya, tetapi sedang tidur nyenyak di atas katil seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Has membuka pintu bilik dan mendapati Lisa masih terduduk di atas lantai bersebelahan dengan katil.
“Lisa, kenapa kau duduk atas lantai?” Tanya Has.  Lisa yang masih ketakutan hanya membisu.
“Lisa, kau ok tak ni?” Tanya Has mula risau. Namun Lisa masih membisu.
“Hmm... suka hati kaulah.” Kata Has, geram.

Has melangkah masuk ke dalam bilik air untuk melepaskan hajatnya.  Setelah selesai, Has berjalan ke sinki untuk mencuci muka. Tiba-tiba lampu di dalam bilik air terpadam.  Has mula marah.
“Lisa, Ida, Janganlah main-main. Bukalah lampu ni.” Jerit Has marah. Namun tiada jawapan dari luar.
“Liiissaaaaaa!!!!” Jerit Has lagi.
“Kau takut ke?” Tiba-tiba terdengar satu suara bertanya.
“Cepatlah buka lampu ni.” Pinta Has seperti mahu menangis.
“Kau takut ke?” suara itu bertanya lagi, kali ini lebih keras.
“Yelah, aku takut.” Jawab Has lagi.
“Heheheheheheheheheheheheheehehehe........” Suara itu mula mengilai.  Has sudah mula menggigil. Seluruh tubuh merasa sejuk. Kakinya sudah tidak kuat lagi untuk berdiri.  Lalu dia terjelopok di bawah sinki.  Lampu kembali menyala.

Tepat jam 9 pagi Ida terjaga dari tidurnya.  Lisa masih lagi lena. Ida bangkit dari katil dan melangkah malas menuju ke bilik air.  Tangannya mula memulas tombol pintu itu.  Dia tersenyum lega.  Tiada sesiapa di dalam rupanya.  Ida mula membersihkan diri sambil menyanyi-nyanyi kecil seperti selalu.

Fiq dan Fey awal pagi lagi sudah keluar mencari sarapan.  Mereka singgah di salah satu warung yang berhampiran untuk mencari sarapan.  Warung itu baru sahaja di buka. Seorang lelaki tua yang masih gagah sudah bersiap sedia menanti kedatangan pelanggannya. Fiq dan Fey merupakan pelanggan pertamanya pada pagi itu.  Mereka memesan 5 keping roti canai beserta 4 bungkus teh tarik untuk di bawa pulang.

Ida yang sudah selesai mengenakan tshirt putih dengan seluar jeans paras betis.  Perutnya yang lapar membuatkan dia melangkah pantas menuju dapur.  Dalam fikirannya pasti ada nasi goreng atau kuih muih yang sedap sebagai sarapan pagi ini.

Tepat jangkaannya, tiga jenis kuih dan semangkuk nasi goreng sudah terhidang di atas meja.  Tanpa berlengah, dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.  Pinggan kosong di hadapannya di isi dengan 3 senduk nasi goreng sambil tangan yang satu lagi mencapai kuih-muih yang tersedia.  Sedang dia asyik menjamu selera, dia dikejutkan dengan salam yang diberi dari luar. 

Fiq dan Fey sudah pulang dengan bungkusan roti canai di tangan.  Fiq dan Fey terkejut melihat Ida sudah pun di meja makan dapur.

“Amboi, cepatnya tunggu kat meja makan.” Usik  Fey.
“Aku laparla. Jom la makan.” Ajak Ida sambil menyuapkan sesuatu ke mulutnya.  Fiq dan Fey berpandangan sesame sendiri melihat gelagat Ida.  Mereka berjalan perlahan menuju meja makan untuk melihat apa yang sedang Ida makan. 

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Ida sedang mengunyah daun-daun kering, pasir dan ranting-ranting kayu. Fiq dan Fey segera menahan Ida dari memakan benda-benda itu.  Fiq menarik tangan Ida, namun Ida menepisnya.  Fey juga turut membantu dengan menolak semua yang ada atas meja makan jatuh ke bawah.

Ida tiba-tiba bagaikan dirasuk menjerit-jerit marah pada Fey dengan bahasa yang tidak difahami oleh Fiq dan Fey.  Suara Ida bertukar garau dan nyaring. Fiq dan Fey terkejut. Mereka bagaikan patung tidak mampu bergerak dan bercakap walau sepatah pun.  Ida terus berlari pantas keluar dari rumah dan hilang dicelah –celah semak. Fiq dan Fey berpandangan sesama sendiri, sebelum mereka berlari ke bilik perempuan.  Pintu bilik di buka pantas. Lisa yang sedang tidur turut terperanjat. 

“Lisa, mana Has?” Tanya Fey. Mulai risau.
“Aku tak tahulah Fey, aku baru bangun. Cuba kau tanya Ida.” Jawap Lisa masih mamai.
“Ida dah lari. Aku tak tahu dia pergi mana.” Jawab Fiq.
“Kenapa dia lari pula? Kau main kejar-kejar ke?” Tanya Lisa seperti bergurau.
“Apelah kau ni. Cepatlah. Kita kena cari Has dan Ida.” Marah Fey geram.

Mereka bertiga bersiap untuk mencari Has dan Ida. Namun belum sempat mereka melangkah keluar dari rumah, Tok Bidin sudah terpacul dihadapan pintu. Mereka terperanjat dengan kewujudan Tok Bidin. 
“Kamu semua nak ke mana?” Tanya Tok Bidin.
“Tok, kami nak pergi cari Ida dan Has Tok.  Mereka hilang.” Jawab Fiq.
“Macam mana boleh hilang, kamu sentiasa bersamakan?” Tanya Tok Bidin lagi.
“Kami tak tahu tok. Ida macam kena sampuk tok, terus berlari dan hilang dalam semak.” Terang Fiq.
“Kamu jangan keluar. Kamu semua tunggu dalam rumah. Biar tok pergi panggil orang kampung cari mereka.” Arah Tok Bidin.
“Tok saya nak ikut tok.” Jawab Fiq.

“Hmm.. Baiklah. Mari!” Tok membenarkan Fiq mengikutnya.

0 cerita anda: