BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 8, 2013

Betul, Dia Ada di Situ Ep.4

“Aaaaahhhhh!!” Lisa bangun sambil menguap.
Cuaca pada pagi itu sangat mendung.  Lisa melihat di kiri dan kanan kelihatan Ida dan Has masih tidur.  Lisa bangun perlahan-lahan takut terkejutkan kawan-kawannya.  Lisa mencapai beg pakaiannya mencari  tuala mandi. Lalu melangkah masuk ke kamar mandi.  Sambil menyanyi-nyanyi kecil, Lisa menyiram badannya dengan air yang turun dari shower.  Terasa sejuk air di kawasan kampung. 

Has terjaga dari tidur kerana terdengar suara nyanyian yang merdu. Lagu Sayang Disayang dendangan Kartina Dahari berkumandang. Has melihat Ida masih nyenyak tidur.  Has bangun ingin menuju ke arah dapur untuk mencari segelas air.  Sebaik sahaja sampai di pintu dapur, Has terlihat kelibat seorang wanita kemas bersanggul dan memakai baju kebaya merah hati. Bau harum bunga kemboja menusuk hidungnya.  Wanita itulah yang mendendangkan lagu Sayang Disayang sambil tangannya mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki. 

Sedang Has memerhati wanita itu, tiba-tiba bahunya disentuh dari arah belakang.  Has hampir terjerit dengan kejutan itu.

“Has, buat apa ni?” sapa Fey.
“Awak ni... Terkejut saya tau.” Getus Has geram.
“Tak tengok Makci...” Has berhenti berkata apabila menyedari tiada sesiapa di dapur. 
“Tengok apa?” Tanya Fey.
“Erm.. takde apa. Nak minum air je tadi.” Balas Has.
“Hmm.. macam-macamla Has ni. Dah la pergi mandi.” Ujar Fey sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Has dengan pantas menuju ke arah biliknya. Di lihat Lisa sudah siap memakai baju berwarna biru muda di padankan dengan seluar jeans Levis. Has terus mencapai tualanya  dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.  Lisa hanya melihat gelagat Has dari cermin solek.  Ida masih lagi nyenyak tidur di atas katil.

Lisa melangkah keluar dari bilik. Perutnya terasa lapar. Dengan pantas Lisa melangkah ke dapur. Sebaik sahaja sampai di dapur dia terlihat kelibat Fey sedang menjamu selera.  Mi goreng menjadi sarapan mereka pada pagi itu.

“Wah, Fey, kau ke yang masak semua ni?” tanya Lisa.
“Eh, Lisa. Tak la mungkin tok yang masak.” Jawab Fey.
“Oh, tapi mana Tok Bidin? Tak nampak pun.” Soal Lisa
“Ntah, mungkin keluar kot. Ke kebun ke.” Jawab Fey.
“Tapi..”
“Eh, kau makan jelah, jangan banyak tanya.”Fey mencelah, rimas dengan soalan Lisa.
“Hish kau ni. “Getus Lisa.

Beberapa minit kemudian, Has turun serentak dengan Fiq ke dapur. Mereka menikmati sarapan pagi hari itu dengan penuh selera. 
“Mana Ida?” soal Fiq.
“Ida tidur lagi dalam bilik tu.”Jawab Has.
“Ai, takkan penat kot. Aku dengan Fey yang drive, dia yang tidur lebih-lebih.”Fiq bersuara.
“Tak pelah lepas ni aku kejut dia.” Kata Lisa.
“Eh, Lepas ni kita nak pergi mana? Tanya Has.
“Kita akan jalan-jalan keliling kampung, lepas tu mandi sungai. Ok tak? Fiq member cadangan.
“Hmm.. Aku ok je.” Jawab Fey. Diikuti dengan anggukan Lisa dan Has.

Sedang mereka berbual-bual di dapur. Ida masih lagi tidur di dalam bilik.  Tiba-tiba tidur Ida terganggu dengan nyanyian yang merdu.  Ida membuka matanya. Namun tiada sesiapa di sisinya.  Nyanyian itu masih berkumandang. Ida bangun mencapai tualanya dan menuju ke arah bilik air.

Tepat jam 11 pagi, mereka keluar dari rumah. Fiq mencadangkan agar mereka berjalan kaki mengelilingi kampung.  Mereka hanya bersetuju dengan cadangan Fiq.  Kampung itu kelihatan sunyi sahaja. Tidak seorang pun kelihatan.

“Fiq, dah berapa lama kau tak balik kampung ni?”tanya Lisa.
“Dah bertahun-tahun jugalah. Sebab sejak arwah atuk aku meninggal, ayah aku kata dah tak de ape lagi kat kampung ni.” Jawab Fiq.

“Wah.....” jerit Ida kagum apabila terlihat sungai yang jernih airnya.  Mereka masing-masing tidak sabar untuk terjun dan bermandi manda.  Fey dan Has mengambil gambar mereka sebanyak yang mungkin untuk di abadikan dalam album kenangan mereka.  Ida terlihat batu sungai yang cantik, lalu di kutip dan disimpan di dalam plastik.  Mereka ketawa, menyanyi dan bergembira.  Namun ada sesuatu yang bakal mereka temui nanti.

0 cerita anda: